Arkeologis jumpa 300 keping syiling emas zaman Rom.

emas zaman Rom

Arkeologis menjumpai lebih kurang 300 keping syiling emas zaman Rom.

Syiling ini dimasukkan kedalam jag dan ditanam di dalam tanah. Ia dianggarkan telah berusia 1500 tahun.. pergh!

Salah satu kelebihan emas ialah ia tidak berkarat. Walaupun ditanam lebih daripada 1500 tahun, ia masih nampak seperti baru.

Emas adalah logam yang pernah menjadi alat tukaran jual beli dizaman dulu

Dalam kehidupan moden sekalipun, biasanya barang kemas pusaka akan diwariskan secara turun temurun dari moyang kepada nenek, kepada mak dan kepada anak cucu.

Itulah kelebihan emas!

Syiling Emas Era Perang Salib

Syiling Emas Era Perang Salib ditemuai

Satu tempayan syiling emas daripada era Perang Salib yang bernilai hingga AS$500,000 (RM1.58 juta) ditemui tertanam dekat sebuah kubu purba tentera Rom di Israel. Syiling emas itu ditanam tentera Kristian atas arahan kumpulan panji-panji satria ketika tentera Kristian berdepan serangan berterusan daripada angkatan tentera Islam yang besar.

Kumpulan panji-panji satria itu ditewaskan pada April 1256. Syiling emas itu mempunyai nilai tinggi walaupun pada tahun 1265 dan disangka ditanam - sebenarnya disembunyikan dalam sebuah tempayan pecah bagi mengelakkan ia ditemui.


Kubu berkenaan juga dimusnahkan pada April 1265 oleh tentera Mamluk yang menewaskan tentera Salib dan harta itu hanya terselamat berikutan buah fikiran seorang daripada tentera Kristian.

"Ia ada dalam tempayan kecil yang sebahagiannya pecah. Muslihatnya adalah untuk menanam sesuatu yang pecah dalam tanah dan menimbusnya bagi menyembunyikan syiling emas di dalamnya. Sekiranya seseorang menemui tempayan itu, dia tidak akan menggalinya dan tidak akan melihat isi di dalamnya serta menemui syiling emas itu. Apabila kita mula menggalinya, syiling emas itu akan keluar,"kata Oren Tal daripada Universiti Tel Aviv kepada Fox News.

Kubu tentera Rom di Taman Negara Apollonia itu telah membongkar sebahagian besar harta karun arkeologi, tetapi saintis yang membuat penggalian lapisan tanah pada kurun ke-13 itu, terkejut dengan penemuan satu tempayan syiling emas. Tempayan tanah liat itu mengandungi lebih 100 keping syiling emas dari zaman tentera Salib menakluk kubu berkenaan yang pada asalnya dibina oleh tentera Rom.

Syiling emas yang ditemui dalam kubu itu merujuk kembali pada zaman empayar Fatimiyah di Afrika Utara dan berusia 200 hingga 300 tahun lebih awal berbanding kubu yang musnah itu. Syiling emas itu dikeluarkan di Tripoli dan Iskandariah dan sangat berharga.

"Syiling era Fatimiyah sangat sukar dikaji. Hurufnya kadangkala amat sukar untuk ditafsir," kata Tal.

Syiling itu boleh dijual hingga AS$5,000 (RM15,887) sekeping, menurut akhbar Israel, Haaretz

Lihat Harga emas semasa Disini
Follow Facebook Kami Disini