Cara Kenal Emas Tulin dan Emas Palsu. Emas adalah logam yang paling tumpat sehinggakan tiada kandungan angin yang didapati didalamnya ini tertakluk kepada emas 999.9 atau 24 karat ketulinan.Berdasarkan Standard International, Jika kadar emas kurang dari 41.7% atau 10k (karat) dianggap emas palsu.
Jika kita ingin tahuemas kita tulin atau tidak maka kita harus mengujinya terlebih dahulu.
Mari! kami akan tunjuk cara-cara Pengujiannya.
Periksa Fizikal Emas
1. Periksa Tanda Cop
Cara ini bertujuan untuk kita mengesan tulisan dalam bentuk angka/tulisan pada barang emas, cop ini biasanya terletak di penyangkut atau disebelah dalam jika cincin. Untuk emas jongkong (Gold bar) dan Coin dan juga Dinar cop jelas di permukaannya seperti 24k atau 999.9 bergantung pada system penilainnya.
Banyak kes dijumpai Emas Palsu
Caranya melihat cop menggunakan Kanta pembesar atau teropong yang khusus untuk jewellery, cop selalunya sangat kecil, susah dikenali dengan mata kasar.
2. Kenali setiap angka Cop untuk mengenali mutu.
Kebanyakan barang kemas bukan emas tulin, tetapi sudah dicampur dengan logam lain seperti perak dan tembaga. Perkiraan angka ketulinan ada dua angka mengikut standard International "1 sampai 999.9 atau 0K sampai 24k" untuk emas tulin 100%.
Kiraan penilaian angka (999.9) sebenarnya lebih mudah difahami berbanding kiraan karat. Contohnya, mutu emas 375 bermaksud barang kemas anda terdiri dari 37.5% kandungan emas.
Angka tersebut bergantung pada negara, di Amerika untuk cop 9 Karat tidak dianggap emas walaupun kandungan emasnya 37.5%.
Emas palsu, mereka boleh sahaja buat cop emas 375 untuk mengelirukan kita. Kita harus Kenali juga cara-cara pengujian yang lain.
3. Emas Palsu seperti emas Korea atau Zulien dulu ada cop untuk pengesahannya bukan emas.
Umumnya tulisan yang digunakan adalah seperti GP (Gold plated), GF (Gold filled), GEP (Gold electroplate), etc. Cop ini menunjukkannya emas sadur atau emas celup yang tidak dianggap sebagai emas.
4 Emas Palsu lama kelamaan akan Pudar.
Bila emas Palsu sudah lama di pakai. Maka, warna ke-emasanya mula terhakis menampakkan logam lain seperti Perak, Tembaga atau Titanium.
5.Perubahan Warna Kulit si Pemakai
Emas tulin tidak berinfeksi warna kulit warna hijau, ini kesan daripada peluh atau daki. Jika ini yang terjadi maka emas yang pakai adalah emas palsu. Perak boleh meninggalkan kesan warna pada kulit kita.
Kesan Hijau pada kulit jika emas mutu rendah dipakai lama-lama
Mengikut mutu emas. Ada juga mutu emas 585 (14 karat) ianya meninggalkan kesan warna juga pada kulit, walaupun tidak ketara kehijauannya. Jangan guna satu teknik sahaja untuk menguji ketulinan emas.