Harga Emas 916 Hari ini Buy Back Emas 916

Harga Emas 916
Hari ini kami bukan sekedar bercerita tentang Harga Emas 916 atau Buy Back Emas 916, sebenarnya ada banyak kami ingin kami cerita kepada anda tentang harga emas yang ada di Malaysia.

Tetapi sebelum itu, kami ingin memberi sedikit info tentang harga emas di musim perayaan ini. Harga emas semenjak PKP sampai PKPB harga naik melambung, boleh dikatakan harga yang paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga emas. Bayangkan dulu harga Buy Back berlegar-legar sekitar 916 RM160.00 pergram. Sekarang harga melonjak sehigga RM220.00 pergram untuk emas 916. Untung tak mebeli emas? sesiapa yang beli emas sebelum semua untung.


Harga Emas 916 Hari ini di Musim Perayaan

Trend harga emas di Musim Perayaan agak sukar diramal, Harga Emas 916 Hari ini Buy Back Emas 916 harga terus menjunam keparas RM208.00 pergram emas 916 sedangkan sebelum ini berlegar-legar di sekitar RM213.00 pergram. Ramai yang terkilang masa PKP itu hari ramai yang tak dapat menjual sebab masa PKP harga emas naik sehinga RM220.00 pergram untuk emas 916. Apakan daya bukan rezki kan? tapi harga sekarang masih lagi compatible untuk dijual masih lagi untung.

Harga emas di Malaysia Kenapa Berlainan?

Ok, diatas kami tulis ada banyak yang kami ingin ceritakan kepada anda tentang harga emas di Malaysia. Mari kita ulas sedikit sebanyak tentang harga emas di Malasia, ini sebenarnya satu ilmu yang bermanfaat juga untuk kita semua.
Masti anda tertanya-tanya kenapa harga emas dalam pasran Malaysia berlainan, contohnya harga kedai RM250.00 pergram, sedangkan harga penjual Online baru RM230.00 pergram

Harga Jual Beli Emas Kedai Emas


Buy Back Emas 916
Harga di kedai emas adalah harga retails yang sudah termasuk upah, serta caj-caj yang lain seperti premium caj. Kedai terpaksa menjual harga lebih tinggi sebab kos mereka pun tinggi. Sewa kedai, bayar gaji pekerja, renovate kedai, etc. Harga jual atau harga beli di kedai memang terlalu jauh spreadnya, mereka mengambil margin yang banyak untuk menaggung kos-kos yang tersembunyi.


Harga Jual Beli Emas Personal Online


Harga emas 916 hari ini

Selalunya harga yang kita dapatai dari internet sama ada dalam facebook atau Intagram harganya tinggi (buy back) dan rendah (jual emas baru). ini dikarnakan sebab mereka tidak banyak mengeluarkan kos-kos lain yang tersembunyi. Mereka tidak perlu menyewa kedai, mereka tidak perlu renovate kedai dan mereka tidak perlu membayar gaji perja, semuanya mereka buat sendiri. Sebab itu harga mereka masih lagi compatible berbanding harga kilang. Ada juga penjual emas Online yang ada Office tetapi kosnya tidak la mahal seperti membuka kedai.


Harga Emas Tetap Sama di Seluruh Dunia.

Pada dasarnya harga emas tetap sama masih lagi berpandukan pada harga semasa Dunia. cuma penjual atau pembeli yang menjadikan emas tersebut mahal atau murah. Ramai yang bertanya kepada kami:
  • Kenapa harga emas di Kelantan murah?
  • Kenapa harga emas di Pinang murah?
  • Kenapa harga emas di Kuala Lumpur mahal?

Jawabanya senang je sekrang. Yang pertama sekali kita kena tengok mutu atau persentif emas tersebut, seperti di Kelantan kebanyakan penukang emas di sana adalah orang kita, almaklum la orang kita nie takda la harga mahal sangat, tak sampai hati katanya. Bukan itu sahaja, kebanyakan di Kelantan tukang-tukang mereka banyak buat emas 95.0% yang dikenali oleh orang awam emas 10 (sepuluh) harganya agak tinggi tetapi mutu emasnya pun tinggi. Tu yang kekadang ada orang bagi tahu kita "Emas Kelantan lebih bagus berbanding emas di Kuala Lumpur). Sebenarnya bukan pada Negeri tetapi pada emas tersebut di Kuala Lumpur ramai penukang Cina buat emas 91.6%. Jelas disini kan? Ok, lain kali kita sambung dengan topik-topik yang menarik lagi.

Lihat Harga Buy Back Emas di Website Kami